Thursday, April 12, 2012

-06 April 2012-

~Tawakal der!
Ini kisah yang berlaku pada Jumaat, 6 April.

.......................->  Hari ni lain macam punya Jumaat. Jeng..jeng..jeng

Kisah macam seram je kan. Tapi tak lah Keliwon sangat, yang citer hantu TV3 tu. Sekarang dah main citer Santau Merasuk. Kakak aku memang layan citer tu. Sekarang ni ntah ler da habis kot. Dah sebulan lebih tak up-to-date dengan siri berhantu tu.
Hmm..back to the main point. Jumaat hari ni rasa macam terisi sikit. Kalau sebelum ni Jumaat cuma keluar outing je. Paling dekat, Botani Square kat bandar Bogor. Hari ni tak. Wah, tahniah! Nafsu shopping member-member aku dah menurun..hihi .. Kitorang tunggu tetamu dari Jakarta ke Bogor, nak datang asrama kitorang. Kakak-kakak yang kitorang kenal kat sini tu, yang aku dah tulis kat entri  berkonsepkan pertemuan yang tak disangka-sangka, kenal hanya melalui ‘tudung ekspres Malaysia’.


*Exam dan Tawakal
Diorang sampai dalam tengahari lepas Zohor camtu. Borak borak borak..masuklah bab exam. Pengalaman exam first time di negara orang yang bahasanya berbeza. Dan kami tak ambik pun kursus Bahasa Indonesia, main terjun je kuliah yang awal-awal dengar lecture, nganga je macam tengok sinetron takda subtitle. Walaupun nampak macam lebih kurang dan senang je, mestilah macam hampeh jugak terkial-kialnya bila ngadap exam paper. Memang Tawakkal tu ’alallah laa jawabnya. Bukan tak studi tapiii.. tang arahan soalan pun aku kena interprete dulu apa maksudnya. Ish3..

Lingkarilah jawaban yang anda anggap benar.”
Sudahhh.. aku nak lingkar apa nih. Ni contoh yang paling mudah dipahami. Belum yang lagi advance. Sedangkan sinetron Indonesia pun mesti kita nak ada subtitle kan. Ada kena mengena ke? Entah..
Dalam sembang-sembang tu, akak tu tanya apa maksud tawakal? Apa yang kita paham pasal tawakal. Jadi, masuklah bab TAWAKAL..jadi aku catat sini supaya aku boleh remind diri aku gak.
Apa tu tawakal? Aku jawab berserah diri pada Allah setelah berusaha. Siapa setuju angkat tangan macam saya *Usop Wilca. Berani ke untuk tak setuju kak? Abang? Ni kan lebih kurang jawapan skema dalam buku teks Agama Islam form brapa entah aku tak ingat.  Setuju la kan?

Tetttttt...SALAH! Sapa suruh setuju bro, sis.. ni jawapannya:

TAWAKAL.. konsepnya kita berserah kepada Allah, dan prosesnya adalah sepanjang masa dan berpanjangan, bukan lepas kita berusaha je. Jadi, setiap masa kita perlu bertawakal.

 Ni yang kawan aku jawab betul, tu pun sebab dia ada terbaca dari artikel. Aku rasa pun macam tak berapa nak tahu sebelum ni. Contoh yang jelas, yang paling standard orang akan cakap:  “ Takpelah, kita dah berusaha. Exam pun da lepas, so kita tawakal je sekarang ni.”

– Ya betul dia bertawakal. Tapi rugi giler sebab dia tak bertawakal dari awal lagi. Sepatutnya, dari awal usahanya, time nak start study dah diiringi dengan tawakal. Bukan time tengah exam, dah keluar dewan periksa baru pikir nak bertawakal. Ooo ..jadi aku pun dah tersalah konsep la selama ni. Seb baik sedar walaupun terlambat.

Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali Imran:159
(Ni aku terjumpa ada yang ngepos ni kat twitter. So aku amik je sebab dia pun petik dari  ayat al-Quran, surah Ali Imran. Memang kena dengan tajuk ni.)

Sambung balik, Allah akan sediakan jalan untuk orang yang bertawakal. Contoh, mungkin anda nak sangat-sangat sesuatu ni, tapi tak dapat sebab ada je halangan. Tapi, ada pintu rezeki lain yang Allah bukakan, mungkin lebih baik dari apa yang kita nak. Tu la indahnya tawakal. Contoh dari penulis buku;
Baby yang sebelum lahir, dapat sumber nutrisi daripada plasenta ibunya. Saat dia dilahirkan, akan terputus sumber makanan daripada plasenta. Tapi kesian kan bayi tu, mesti lapar nanti. Terbukti, bayi tu akan ada dua lagi pilihan yang lagi best dari makanan yang dia dapat dari dalam perut ibunya. Dari susu ibunya dan dari makanan-makanan bayi yang lain. Jadi, konsep tawakal ni dari dulu lagi kita dah praktikkan. Cuma tak ingat je, sebab 21 tahun lepas kan. Tak pun 20, 22, 23, 19 tahun lepas (bergantung pada umur anda..hehe). Memory card kat otak pun tak pasang lagi kot.

Dan yang menariknya, penulis tu umpamakan tawakal ni kalau boleh perlu sampai ke tahap seperti jenazah yang dah mati. Memangla, mana ada jenazah hidup kak oi. Ni memang tahap tawakal yang paling tinggi. Manusia akan terhenti amalannya saat kematian menjelma. Allah, dah seram sejuk pulak ingat mati. Memang wajib pun kita ingat kematian. Ha, jenazah yang dah meninggal ni, disebabkan nyawa dah hilang, jadi si mati memang takkan dapat ‘sound’ atau buat something kat orang yang uruskannya. Misal kata jenazah tu dimandikan dengan kasar, ditarik rambut, digoncang-goncang bahu sampai sakit, di itu ini, tapi memang dia akan terima je lah. Sebab dah tak dapat buat apa-apa. Sampai macam tu sekali lah konsep tawakal yang paling tinggi ni. Kita berserah pada Allah dalam setiap keadaan walaupun mungkin kita akan dapat macam-macam ujian ataupun halangan.

Dalam syok bersembang, berkumandang azan waktu Asar..


*Jejak pertama di Masjid

Kami ke Masjid Al-Huriyyah, IPB. Bukan la benda pelik pun ke masjid. Tapi yang anehnya, dah lebih sebulan kami kat sini, ni la first time jejak kaki ke masjid di kampus ni. Dah tu, dengan akak-akak tetamu pulak tu. Tak jauh pun ke masjid dari asrama kitorang. 10 000 langkah pun tak sampai. Mungkin lebih kurang 100 langkah je. Sebenarnya, dah lama kitorang teringin ke masjid tu, tapi macam takde waktu je. Lagipun, macam seram sikit kalau nak keluar dua tiga orang je. Biasa la, kalau nak buat baik, memang macam-macam yang menghalang. Hmm.. memang tenang dan damai di hati. Wow, I was amazed! Time solat Asar pun jemaah memang giler ramai. Jemaah lelaki mungkin mencecah 100 orang lebih. Jemaah wanita standard la dua tiga orang. Tambah dengan kitorang dapat la belas-belas orang.

Dan seusai solat Asar, ada satu keranda dibawa masuk masjid, untuk disembahyangkan. Hujan pun dah start turun agak lebat time rakaat first tadi. Dengarnya Bapak apa nama tah meninggal. Tak dengar nama pulak. Kami pun solat jenazah berjemaah kepada si mati, solat yang takda rukuk dan sujud. Solat yang memang tak selalu kami buat pun kat Malaysia. Mungkin ni peluang kami untuk berjasa pada si mati yang kami tak kenal di negara orang. Macam mana pun, saudara seISLAM sebenarnya bersaudara, cuma manusia yang suka bersengketa. Bayangkan, di negara sendiri pun solat jenazah la paling jarang aku buat, inikan pula di negara seberang. Subhanallah! Macam drama pun ada aku rasa tadi. Boleh buat citer drama “Tanah Kubur” lakonan Nasir Bilal Khan kat astro Oasis. Tapi episod gini memang takde lagi la. Sebabnya,udahla kami first time ke masjid sini, pastu berkesempatan pulak solatkan jenazah. Dan jenazah tu mungkin beruntung sebab disolatkan oleh ramai jemaah, antara jemaah tu pulak, adalah kami yang tadinya terkial-kial nak cari ruang solat wanita. Maklumlah, first time. Perasaan macam menakjubkan..tadi baru je cakap pasal mayat. Serius! You may not understand if you’re not in my shoes. Nah, amik kasutku.

Dan kami pun pulang ke hostel. Hujan dah berhenti. Mungkin tadi hujan yang lebat menangisi si mati, dan hujan berhenti untuk kami berjalan pulang. Sambil berjalan, memang ada persoalan yang bermain kat minda aku dengan kawan-kawan.  Antara yang kawan aku utarakan, “Aku terfikir, apa la yang jenazah tu buat, sampaikan kita yang first time nak ke masjid ni pun tergerak nak solat Asar kat masjid time ni, pastu meramaikan lagi jemaah yang solatkan jenazah tu? ” Mungkin jenazah orang beriman sebelum meninggal. Meninggal pun hari Jumaat. Dah tu, ramai yang solatkan si mati.
Dan persoalan-persoalan di minda.. Macam mana la saat kita meninggal? Hari apa? Kat mana? Umur berapa kita meninggal? Semoga kita mati dalam iman dan Islam.

Hmm..  Wallahua’lam.. Allah lebih mengetahui.