Thursday, November 1, 2012

Ada Ka Patot?

Semalam, dahla merempit redah hujan, pastu masuk kelas sejuk macam nak beku.. terpaksa la pakai jaket yang aku bawak tu. tut..tuttt..ada kejadian:

ada suara berbisik-bisik di sekelilingku
kelihatan mereka begitu bahagia umpama ketemu dengan artis paling popular
berbisik-bisik sesama mereka
"nak siiignnnn!!", ada yang cakap camni
"ehh Awie Sembilu laa", satu suara lagi
"artis masuk kelas kite harini", berbesar hati katanya
"apasal ganas sangat ko hari ni" 
sedangkan aku tak bertindak ganas langsung, sentuh anak2 dara tu pon tak
aku cuma mampu diam membatu
bukan sebab tengah bersabar, atau aku ni insan lemah tanpa suara, tapi sebab aku dah sejuk membeku
ahhh lantaklahh..
biarlah mereka teruskan sesi terdahulu, memuji-muji aku di belakang..ahaks 


Aku sedang terdiam kaku di situ.
 (Ni makcik mana tah snap masuk fb. Peminat Awie kot)


hmmm.. sedarlah aku yang semua tu hanyalah suara2 mangkok-mangkok atau makcik2 di sekelilingku.. yang terkenal dengan sifat YEKKK, mungkin ada ketua yekk kat situ. hoho..dorang tau la sapa gerangannya.

Yekkk tu maksudnya ermmmm..... takda definisi..
selamat mencari dalam Kamus Dewan atau Oxford!! kalau jumpa bagitau aku, aku bagi hadiah. ;p


Ada ka patot depa kata aku macam Awie Sembilu.. isy3.. ketua yekkk la kot yg start dulu.. pastu Ziana Zain la pulak. Tu semua gara-gara jaket kalis udara aku tu ja.

 Awi + Ziana = Awzi

Awzi pon orait.



nah ambik hangpa! nak sangat..

~Mohon tawaran berlakon filem Sembilu 5, pakai moto "put ur hands straight" ... o.O




Thursday, September 20, 2012

Bye2 Ceti Mekti!

Jumaat, 14 September 2012

Seharian kat KLIA dari pukul 4.00 petang. Start dari depa kena briefing, check-in, dll.

Ni gara-gara aku dan famili nak hantaq adik aku, Izzati @ T.gdik.. nak p blajaq kat Beijing, China. Course Bahasa Mandarin.

Teqingat time aku pi Indonesia utk exchange programme sem lepas..naik flight kat KLIA la first time.  World's Best Airport tu. Teruja sorang2 sebab famili tak dapat hantaq. huhu.. tapi.. cool bro!

Setakat ni, aku blk Alostaq naik Airasia ja paling grand. Maralena dan Transnasionat tetap pilihan hati untuk journey AS-KL, KL-AS. Sebab dua dua ni kalau terlewat dari jadual pun, cuma lewat 3 setengah minit camtu. Nanti aku nak try coach yang orang cakap syok gila tu, Sani Express la, Cosmic la, Intercity la. Tapi Cosmic aku penah naek skali dua, terlebih baik hati dan santai bas ni. Sebab asyik dok tunggu orang bagi penoh bas sikit, sampai lewat sejam camtu. Aku la salah sorang yang ditunggu. hua3.. Nasib ada Cosmic jugak, kalo tidak, dah takda bas nak tunggu aku untuk balik on the spot kat Pudu Sentral time tu.

Back to the story. Ramai adik-adik seluruh Malaysia ni dalam 82 orang yang sama-sama dapat melanjutkan study ke oversea, kat Beijing. Untungla tak sampai umoq mengundi pun dah boleh jejak China. Tu la pengalaman. Selamat berbahagia adik2.

Syabas merebeytaa!! Bawalah nama baik diri, agama, bangsa, dan negara tercinta.

All the best bros and sis!

Mercu KLIA

Selamat Berangkat!

Kaklong was at home.
Paling kiri: Orang paling selekeh kat KLIA haritu. Takpa semangat Harimau Malaya der!

Muka2 berat hati dan berat tear glands.
Hat tengah tu tumpang syok.

Tigdik n Paihgdik 
She and her mak abah (sama la mak abah km!)

Rakan baik sejak buat preparation pi China

Pekena KFC sebelum fly..syok la tuuu. 
Wangbesar2. Shopping la puaih2.

Akhir kata, selamat maju jaya!

Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. ~ni pepatah Arab

Kalau tak sampai ke China, janganlah anda bersedih hati. Belajar tu banyak kebaikan.

Dikira juga jihad fisabilillah kalau kita belajar kerana Allah. Dahsyat tu.. Subhanallah!

Saturday, June 23, 2012

A Dinner with The Dean

It's about our dinner last Wednesday night. Alhamdulillah, we ate till everyone was full!  The Dean of Fakultas Pertanian of IPB treated us at a huge restaurant in Kota Bogor, Ampera. Awesome!!

Model terjun Warung Nasi Ampera

Salah satu perhiasan+pesanan owner
Macam ni la makanan dia..plus strawberry juice!

Ini pak dekan Fak. Pertanian IPB. Dekan kat UPM pun tak pernah makan semeja beb! :)



That's all! I've lots of stories untold.To be continued with other stories..

Monday, June 4, 2012

Oh Artis!!

Assalamualaikum.. selamat malam.. moga anda sejahtera sentiasa!

Haaa... tiba-tiba nak cakap pasal artis. Biasalah, zaman sekarang ni artis la yang paling orang suka ambil tau sebelum politik. Pendek kata, artis la yang jadi role model zaman lani. Tapi aku jenis tak ambik tau pun hidup artis kecuali ambik tau lagu yang best-best je. Cecece..bukan nak masuk bakul angkat sniri oke! Memang aku layan lagu daripada penyanyi dan layan movie daripada pelakon. Hmmm..Sememangnya susah nak jumpa orang yang lebih ingat kisah-kisah nabi daripada lirik lagu-lagu hari ni. Memang hebat betoi pengaruh artis. Sampaikan himpunan belia negara kita pun kerajaan sanggup berhabis wang rakyat untuk sajikan remaja-remaja dengan hiburan artis K-pop sampai kenyang. Artis oh artis!

Aku baru balik dari konsert tadi malam. Yela, aku terrminat kat lagu-lagu band ni, so terrrteringin nak p jugak. Boleh kata taraf internasional la sebab band ni ada nyanyi lagu tajuk "Shadows" untuk OST Heroes. Woo hoo.. Nidji beb! Yo, tapi sayangnya bukan Adam Lambert. Hahaha.. Laskar Pelangi antara lagu yang paling best dari band nih. Konsert dibuat dalam dewan tertutup dan memang penuh satu dewan. Waaahh! Giler dahsyat jugak penangan band ni. Yang paling takleh blah bila time konsert ni, vokalis tu jemput sorang peminat perempuan kat depan dan tiba-tiba dipeluknya peminat tu sambil menyanyi, erat lagi tu, ada la dalam beberapa saat yang tak dapat dikira dengan jari tangan. Kalau blakang pentas, takda orang nampak, ok la sikit. Ini depan-depan orang ramai, buat camtu sebagai sebagian dari persembahannyya. What the....??  Ini benda yang paling aku menyampah dalam konsert. Maaf, En. Vokalis, ini bukan mau mengaibkan, tapi anda sendiri yang mempamerkan.

Apa dia ingat ini di Hollywood ke der? Ni kat Indonesia laaaaaahh..di depan ratusan mahasiswa lagi, majoritinya Islam. Mungkin ini tak lah teruk giler daripada artis omputeh atau konsert dangdut. Tapi sekurang-kurangnya, jagalah adab ketimuran kita. Berpegang tangan dengan bukan muhrim pun dah dianggap biasa pada sesetengah artis. Aku cakap kat sini bukan la mengharapkan vokalis band tu baca, tapi...sebagai pedoman untuk saya dan anda, sahabat-sahabatku yang mungkin bergelar artis suatu hari nanti. Ewaaah! Ataupun yang bakal bergelar "public figure", tak kisah lah masuk tv ke tak. Jadi CEO ke, manager ke, doktor ke, usahawan ke, dah cukup untuk masyarakat 'pandang' anda. Yang orang ramai boleh contohi anda selain menilai baik buruk anda.

Pendek kata, "public figure" sangat memainkan peranan penting untuk masyarakat. Paling best kalau moralnya baik, dan pengikut-pengikutnya secara tak langsung dapat mencontohi perangai baiknya. Maka, pemuda pemudinya Insyallah baik.

~Teringat konsert Adam waktu Pesta Konvo di UPM. Siswi yang hulur tangan nak bersalaman pun, dia mampu tolak dengan cara yang baik. Beliau sempat berpesan untuk semua penonton, "Berhibur-berhibur juga, tapi jangan lupakan tanggungjawab kita pada agama!" :-)

Kind-hearted Adam and I!

Sedutan konsert tadi..btw, thanks Nidji!



Thursday, May 17, 2012

Cikgu.. terima kasih!

Belum terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Guru pada guru-guru seMalaysia.

Happy Teacher's Day!!!

Jasa anda mencurahkan ilmu dengan keikhlasan takkan dapat terbalas oleh anak-anak didikmu. Terima kasih, cikgu! Maafkan kami yang selalu menyusahkan dan memeningkan guru-guru.


Tuesday, May 8, 2012

Alkisah Bertemu Sang Ratu


-5 Mei 2012, Gunung Tangkuban Parahu, Bandung

Tersebutlah alkisah tiga gadis yang kesesatan di Gunung Tangkuban Parahu, Indonesia. Akibatnya semua teman lawatan tersebut merasa resah gelisah menanti kami di tempat berkumpul di bas. Diberi masa lebih sejam untuk menikmati suasana sekitar yang indah lagi dingin, ciptaan Allah yang memukau pandangan. Subhanallah! Keindahan yang dicipta-Nya begitu membuatkan ku terasa kerdilnya diri ini.

Kami mengikut Sang Ratu di kawah berjalan-jalan di sekitar gunung. Hanya kurang dari sejam untuk berada semula di tempat berhimpun. Jam menunjukkan 1639 saat tibanya di kawasan yang paling indah di situ iaitu di Kawah Upas. Kesempatan kami untuk mengambil gambar kenangan yang terindah di sini digunakan sebaiknya. Sang Ratu tidak culas menawarkan untuk mengambil gambar kami bertiga. Katanya lagi, rugi kalau sudah tiba ke Gunung Tangkuban Parahu, tapi tidak ke Kawah Upas. Maka, beruntunglah kami dapat ke kawah tersebut walaupun setelah tamatnya waktu berkunjung ke situ iaitu jam 1600. Aku kira itu sebagai rezeki. Juga peluang untuk kami walhal sahabat-sahabat lain tidak sempat merasai melihat pemandangan dari sudut lain akibat begitu asyik bergambar bersama-sama. Arghhh..bosan menimpaku. Sedang aku dan dua lagi sahabatku ini memang ingin meneroka dengan lebih lagi kawasan sekitar di sini.

Jarak dua kilometer yang kami lalui sungguh amat mencabar. Jalannya berliku-liku dan licin berbatu. Kalau tiada waspada, celaka pasti menimpa. Kami bertiga pastinya kepenatan yang teramat sangat semasa perjalanan mengikut Sang Ratu. Timbul malu kami sebagai orang muda yang kurang stamina berbanding Sang Ratu. Berjalan kaki jarak jauh bagaikan mainan baginya. Beliau langsung tidak penat atau menunjukkan riak keletihan malah terus berjalan mengiringi aku dan teman-teman menikmati suasana sekitar yang cantik. Sungguh, kami kagum dengan beliau. Bahkan kami diberikan layanan istimewa sebagai tetamu gunung tersebut dengan diiringi berjalan-jalan sambil bergambar.

Kemudian, kami berjalan pulang, berusaha untuk tepat pada masanya. Ya, ternyata kami tiba di Kawah Ratu pada jam 1700 tetapi perlu ke parkir bas menaiki kenderaan seterusnya. Sementara, teman-teman yang lain resah menunggu kerana peserta-peserta sepatutnya berada di bas sebelum jam 1700. Semuanya cuba menghubungi, tapi nyatanya kediaman Sang Ratu yang bergunung-ganang tidak membolehkan kami berhubung sesama sendiri kerana tiadanya talian. Maafkan kami sahabat-sahabat. Bukan kami tidak menghargai kalian yang tiba lebih awal, ataupun sengaja membiarkan kalian menanti dalam kerisauan, tetapi apa daya kami yang tidak punya kuda tunggangan untuk tiba awal. Kami terlambat disebabkan menunggu pak supir kenderaan yang turut menjemput penumpang-penumpang yang lain. Aku tahu penantian memang satu penyiksaan, walaupun cuma 10 minit.  

Akhirnya, tiba juga di bas yang para penumpangnya sedang menanti kedatangan kami. Sekali lagi, maafkan kami. Terutama kepada para staf yang kerisauan. Aku dapat baca satu persatu riak kerisauan di air muka mereka. Lebih nyata kerisauan dilihat pada sahabat-sahabat karibku. Ada juga yang berasa tidak sedap hati, mungkin.Soalan bertalu-talu menimpa kami setibanya di bas. “Kalian ke mana hah??”. Di satu sudut Kak Ros tidak henti-henti memukul sahabatku dengan kipasnya. Jangan risau, pukulannya tidak mencederakan. Namun, Kak Ros dalam Upin & Ipin lebih kalah garangnya. Yang pasti, segalanya pulang dengan selamat dan seluruh isi bas begitu lega. Ternyata mereka sayangkan kami. Ternyata juga mereka sayangkan saya. Terima kasih Sang Ratu yang sudi menerima kedatangan kami dengan mesra!

~Tidak rugi menyayangi manusia di sekitar anda kalau membenci juga tidak menguntungkan apa-apa melainkan mencetuskan sengketa!
Betul sesama Islam itu bersaudara..sesama manusia pula ada jiwa yang tak terungkap dengan kata-kata. ~ Ternyata Mereka Sayangkan Saya! <3

Menjejak Sang Ratu 

Subhanallah! Alam ciptaan Allah yang indah..


p/s: Sang Ratu dalam kisah ini sebenarnya adalah Mr. Tour Guide merangkap security kat kawasan pelancongan ini. Terima kasih ya pak! :P

Thursday, April 12, 2012

-06 April 2012-

~Tawakal der!
Ini kisah yang berlaku pada Jumaat, 6 April.

.......................->  Hari ni lain macam punya Jumaat. Jeng..jeng..jeng

Kisah macam seram je kan. Tapi tak lah Keliwon sangat, yang citer hantu TV3 tu. Sekarang dah main citer Santau Merasuk. Kakak aku memang layan citer tu. Sekarang ni ntah ler da habis kot. Dah sebulan lebih tak up-to-date dengan siri berhantu tu.
Hmm..back to the main point. Jumaat hari ni rasa macam terisi sikit. Kalau sebelum ni Jumaat cuma keluar outing je. Paling dekat, Botani Square kat bandar Bogor. Hari ni tak. Wah, tahniah! Nafsu shopping member-member aku dah menurun..hihi .. Kitorang tunggu tetamu dari Jakarta ke Bogor, nak datang asrama kitorang. Kakak-kakak yang kitorang kenal kat sini tu, yang aku dah tulis kat entri  berkonsepkan pertemuan yang tak disangka-sangka, kenal hanya melalui ‘tudung ekspres Malaysia’.


*Exam dan Tawakal
Diorang sampai dalam tengahari lepas Zohor camtu. Borak borak borak..masuklah bab exam. Pengalaman exam first time di negara orang yang bahasanya berbeza. Dan kami tak ambik pun kursus Bahasa Indonesia, main terjun je kuliah yang awal-awal dengar lecture, nganga je macam tengok sinetron takda subtitle. Walaupun nampak macam lebih kurang dan senang je, mestilah macam hampeh jugak terkial-kialnya bila ngadap exam paper. Memang Tawakkal tu ’alallah laa jawabnya. Bukan tak studi tapiii.. tang arahan soalan pun aku kena interprete dulu apa maksudnya. Ish3..

Lingkarilah jawaban yang anda anggap benar.”
Sudahhh.. aku nak lingkar apa nih. Ni contoh yang paling mudah dipahami. Belum yang lagi advance. Sedangkan sinetron Indonesia pun mesti kita nak ada subtitle kan. Ada kena mengena ke? Entah..
Dalam sembang-sembang tu, akak tu tanya apa maksud tawakal? Apa yang kita paham pasal tawakal. Jadi, masuklah bab TAWAKAL..jadi aku catat sini supaya aku boleh remind diri aku gak.
Apa tu tawakal? Aku jawab berserah diri pada Allah setelah berusaha. Siapa setuju angkat tangan macam saya *Usop Wilca. Berani ke untuk tak setuju kak? Abang? Ni kan lebih kurang jawapan skema dalam buku teks Agama Islam form brapa entah aku tak ingat.  Setuju la kan?

Tetttttt...SALAH! Sapa suruh setuju bro, sis.. ni jawapannya:

TAWAKAL.. konsepnya kita berserah kepada Allah, dan prosesnya adalah sepanjang masa dan berpanjangan, bukan lepas kita berusaha je. Jadi, setiap masa kita perlu bertawakal.

 Ni yang kawan aku jawab betul, tu pun sebab dia ada terbaca dari artikel. Aku rasa pun macam tak berapa nak tahu sebelum ni. Contoh yang jelas, yang paling standard orang akan cakap:  “ Takpelah, kita dah berusaha. Exam pun da lepas, so kita tawakal je sekarang ni.”

– Ya betul dia bertawakal. Tapi rugi giler sebab dia tak bertawakal dari awal lagi. Sepatutnya, dari awal usahanya, time nak start study dah diiringi dengan tawakal. Bukan time tengah exam, dah keluar dewan periksa baru pikir nak bertawakal. Ooo ..jadi aku pun dah tersalah konsep la selama ni. Seb baik sedar walaupun terlambat.

Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali Imran:159
(Ni aku terjumpa ada yang ngepos ni kat twitter. So aku amik je sebab dia pun petik dari  ayat al-Quran, surah Ali Imran. Memang kena dengan tajuk ni.)

Sambung balik, Allah akan sediakan jalan untuk orang yang bertawakal. Contoh, mungkin anda nak sangat-sangat sesuatu ni, tapi tak dapat sebab ada je halangan. Tapi, ada pintu rezeki lain yang Allah bukakan, mungkin lebih baik dari apa yang kita nak. Tu la indahnya tawakal. Contoh dari penulis buku;
Baby yang sebelum lahir, dapat sumber nutrisi daripada plasenta ibunya. Saat dia dilahirkan, akan terputus sumber makanan daripada plasenta. Tapi kesian kan bayi tu, mesti lapar nanti. Terbukti, bayi tu akan ada dua lagi pilihan yang lagi best dari makanan yang dia dapat dari dalam perut ibunya. Dari susu ibunya dan dari makanan-makanan bayi yang lain. Jadi, konsep tawakal ni dari dulu lagi kita dah praktikkan. Cuma tak ingat je, sebab 21 tahun lepas kan. Tak pun 20, 22, 23, 19 tahun lepas (bergantung pada umur anda..hehe). Memory card kat otak pun tak pasang lagi kot.

Dan yang menariknya, penulis tu umpamakan tawakal ni kalau boleh perlu sampai ke tahap seperti jenazah yang dah mati. Memangla, mana ada jenazah hidup kak oi. Ni memang tahap tawakal yang paling tinggi. Manusia akan terhenti amalannya saat kematian menjelma. Allah, dah seram sejuk pulak ingat mati. Memang wajib pun kita ingat kematian. Ha, jenazah yang dah meninggal ni, disebabkan nyawa dah hilang, jadi si mati memang takkan dapat ‘sound’ atau buat something kat orang yang uruskannya. Misal kata jenazah tu dimandikan dengan kasar, ditarik rambut, digoncang-goncang bahu sampai sakit, di itu ini, tapi memang dia akan terima je lah. Sebab dah tak dapat buat apa-apa. Sampai macam tu sekali lah konsep tawakal yang paling tinggi ni. Kita berserah pada Allah dalam setiap keadaan walaupun mungkin kita akan dapat macam-macam ujian ataupun halangan.

Dalam syok bersembang, berkumandang azan waktu Asar..


*Jejak pertama di Masjid

Kami ke Masjid Al-Huriyyah, IPB. Bukan la benda pelik pun ke masjid. Tapi yang anehnya, dah lebih sebulan kami kat sini, ni la first time jejak kaki ke masjid di kampus ni. Dah tu, dengan akak-akak tetamu pulak tu. Tak jauh pun ke masjid dari asrama kitorang. 10 000 langkah pun tak sampai. Mungkin lebih kurang 100 langkah je. Sebenarnya, dah lama kitorang teringin ke masjid tu, tapi macam takde waktu je. Lagipun, macam seram sikit kalau nak keluar dua tiga orang je. Biasa la, kalau nak buat baik, memang macam-macam yang menghalang. Hmm.. memang tenang dan damai di hati. Wow, I was amazed! Time solat Asar pun jemaah memang giler ramai. Jemaah lelaki mungkin mencecah 100 orang lebih. Jemaah wanita standard la dua tiga orang. Tambah dengan kitorang dapat la belas-belas orang.

Dan seusai solat Asar, ada satu keranda dibawa masuk masjid, untuk disembahyangkan. Hujan pun dah start turun agak lebat time rakaat first tadi. Dengarnya Bapak apa nama tah meninggal. Tak dengar nama pulak. Kami pun solat jenazah berjemaah kepada si mati, solat yang takda rukuk dan sujud. Solat yang memang tak selalu kami buat pun kat Malaysia. Mungkin ni peluang kami untuk berjasa pada si mati yang kami tak kenal di negara orang. Macam mana pun, saudara seISLAM sebenarnya bersaudara, cuma manusia yang suka bersengketa. Bayangkan, di negara sendiri pun solat jenazah la paling jarang aku buat, inikan pula di negara seberang. Subhanallah! Macam drama pun ada aku rasa tadi. Boleh buat citer drama “Tanah Kubur” lakonan Nasir Bilal Khan kat astro Oasis. Tapi episod gini memang takde lagi la. Sebabnya,udahla kami first time ke masjid sini, pastu berkesempatan pulak solatkan jenazah. Dan jenazah tu mungkin beruntung sebab disolatkan oleh ramai jemaah, antara jemaah tu pulak, adalah kami yang tadinya terkial-kial nak cari ruang solat wanita. Maklumlah, first time. Perasaan macam menakjubkan..tadi baru je cakap pasal mayat. Serius! You may not understand if you’re not in my shoes. Nah, amik kasutku.

Dan kami pun pulang ke hostel. Hujan dah berhenti. Mungkin tadi hujan yang lebat menangisi si mati, dan hujan berhenti untuk kami berjalan pulang. Sambil berjalan, memang ada persoalan yang bermain kat minda aku dengan kawan-kawan.  Antara yang kawan aku utarakan, “Aku terfikir, apa la yang jenazah tu buat, sampaikan kita yang first time nak ke masjid ni pun tergerak nak solat Asar kat masjid time ni, pastu meramaikan lagi jemaah yang solatkan jenazah tu? ” Mungkin jenazah orang beriman sebelum meninggal. Meninggal pun hari Jumaat. Dah tu, ramai yang solatkan si mati.
Dan persoalan-persoalan di minda.. Macam mana la saat kita meninggal? Hari apa? Kat mana? Umur berapa kita meninggal? Semoga kita mati dalam iman dan Islam.

Hmm..  Wallahua’lam.. Allah lebih mengetahui.






Thursday, March 29, 2012

Siapa Tahu Pertemuan Itu?

                                                            
 ~Jodoh, pertemuan, hidup, dan mati memang rencana-Nya.

Amboi! Tajuk macam jiwang berkarat pulak kan. Bukan, ini bukan jiwang. Aku kurang arif bab menjiwangkan ayat. Cuma mau story serba sikit pengalaman. Ini pasal pertemuan. Mungkin kisah jodoh anda lagi ‘touching’.
Sebenarnya, aku rasa macam tak berapa nak kena kalau dalam blog ditulis aktiviti-aktiviti harian macam diari. Baik buat diari ja kalau camtu. Tapi suka hati kome la kalau nak tulis pun. Bukan bocorkan rahsia negara bagi kat Israel pun. Kisah ini antara yang berlaku dalam pengalaman aku dan orang sekeliling. Moga sama-sama renungkan baik buruknya.

Jumaat yang lepas hari libur. Maka, plan kami ke Jakarta. Yahooo..jalan-jalan!! Sampai kat sana, kami disambut baik oleh kakak-kakak di terminal bas Jakarta. Ya, dibawa ke kediaman mereka yang bakal bergelar doktor perubatan dan pergigian, kemudian dibawa pusing-pusing kota Jakarta. Perkenalan kami kurang dari seminggu. Bermakna kami memang tak kenal mereka dalam-dalam pun. Bahaya tu kak. Main ikut je diorang atas keyakinan yang tinggi. Tapi, siapa mereka?

Kurang seminggu sebelumnya:

Tiga orang sahabat leka membeli-belah di Pasar Minggu berhampiran kampus, berjalan melewati beberapa orang di situ. Disebabkan jalan agak sempit, mereka berjalan seolah-olah dalam barisan. Seorang demi seorang melewati beberapa orang kakak yang turut memerhatikan mereka. “Assalamualaikum.. adik orang Malaysia ke?”, sahabat yang di akhir barisan mendengar salam sejahtera yang diberi. Ya, di situ bermulalah perkenalan dengan sahabat-sahabat setanah air sehinggalah diperkenalkan kakak-kakak tu kepada rakan-rakan tiga sahabat yang tadi. Kegembiraan bermukim di hati masing-masing walaupun cuma pertama kali bertemu bukan di negara sendiri. Walaupun hanya di negara serumpun, tapi pertemuan tu sangat bermakna. Mungkin kalau di tanah air, bertemu di tengah jalan pun nampak macam tiang lampu ja kan, tak perasan langsung.

Biar betik! Aku pun tak percaya. Tak sampai seminggu kenal dah boleh tido kat rumah diorang (p/s: jangan ikut jika anda berkenalan dengan orang jahat..huhu). Memang tak tercapai akal kalau difikirkan pasal pertemuan di tengah jalan yang langsung tak dirancang. Kami hanya merancang nak round Jakarta minggu depannya dan mungkin menginap di hotel atau motel tanpa orang yang arif dengan bandar besar Jakarta tu. Tiba-tiba, Allah hantarkan kami insan-insan yang tak dikenali, yang bertegur sapa dengan sahabat-sahabat kami kat pasar Ahad, berhampiran kampus. Merekalah yang tumpangkan kami di rumah sewa mereka, jadi ‘tour guide’ kami masa jalan-jalan, dan melayan kami macam kakak-kakak kepada adik-adik yang ramai ni sepanjang kami kat Jakarta.

Memang macam orang mengantuk disorongkan bantal. Dah la mengantuk, sikit lagi je dah nak tidur, tut tut dapat pulak bantal yang empuk. Bertuah badan! Lagi sedap tidur la. Tapi jangan nak lebih-lebih tidur pulak. Itu perumpamaan tok nenek kita buat dulu. Lebih kurang kes ni lah. Dah la nak pergi jalan-jalan kat Jakarta,nak main redah pulak tu tanpa orang yang pakar. Sekali, jumpa pulak orang Malaysia yang boleh kami harapkan jadi ‘tour guide’ dan boleh tumpang bermalam lagi. Tapi, jangan nak mengada-ngada pulak la kan bila orang tolong tu. Subhanallah! Memang Allah nak mudahkan kami. Mungkin ada hikmah. Bersyukurlah.Nikmat yang berlonggok kita dapat pun kita lupa nak bersyukur. Ingat, kelipkan mata pun satu nikmat. Tak caya cuba biarkan mata tak berkelip selama satu jam, 10 minit pun cukuplah nak tengok keperkasaan kita.  Amacam?

Hmm.. Macam mana diorang tergerak nak tegur ya? Apa yang membolehkan diorang suspect ke’Malaysia’an member-member aku tu di tengah-tengah pasar yang sibuk dan penuh dengan orang ramai yang rupa pun lebih kurang la Melayunya? Ya lah, kita kan serumpun. Jawapannya, mungkin disebabkan ‘tudung ekspres’ dari Malaysia yang member-member aku pakai tu menampakkan ke’Malaysians’an, tudung yang popular kat Malaysia tu. Lagi satu, sebab Allah lah yang gerakkan hati diaorang untuk tegur. Kalau tak, tak jadi jugak kan. Diorang memang baik gilerrr..dan aku tak sangka dalam bumi ni masih ada orang yang berhati mulia pada alaf baru ni. Yang paling penting impian kami nak makan nasi lemak kat negara orang ni dah tercapai sebab kakak-kakak tu masak untuk kami. Sedap gilerr.. Thanks sis! Manisnya taaruf kerana Allah.. ^^v

Thursday, March 22, 2012

Flower Lovers

-FIELD TRIP-
01.03.2012
A field trip to Pasar Bunga in Jakarta.Ornamental Plants subject. We departed around 1 a.m.
 Flower lovers must be happy to see millions of beautiful flowers sold here. ;)

Jam 1.00 pagi..


  


Flower Ball

Roses

Sea of flowers

Roses

Bukan bunga

White 







Made in Malaysia! *proud


Peace!

Study on Tiller


Gembira memborong bunga

Boys also bought flowers

Classmates

;) with <3 from Malaysia

Boleh berdiri dalam bis lagi

Tisa n

Hiro..  both r good friends

Ros merah putih

Here u are!




-OUTING-
03.03.2012
We went to Kebun Raya Bogor and Botani Square (Boquare), together with a few IAAS of IPB members. They are nice. The outing was really good!
Petunjuk arah

Kubur Belanda

"Cun tak saya??"-kucing perasan. Rileks ja posing dalam pot di Taman Anggrek.


Orkid

Yayy mantan PM kita dalam gambar kat Rumah Anggrek.

Orchids House

Our nice 'tour guides' :)

Jambatan Gantung