Thursday, March 29, 2012

Siapa Tahu Pertemuan Itu?

                                                            
 ~Jodoh, pertemuan, hidup, dan mati memang rencana-Nya.

Amboi! Tajuk macam jiwang berkarat pulak kan. Bukan, ini bukan jiwang. Aku kurang arif bab menjiwangkan ayat. Cuma mau story serba sikit pengalaman. Ini pasal pertemuan. Mungkin kisah jodoh anda lagi ‘touching’.
Sebenarnya, aku rasa macam tak berapa nak kena kalau dalam blog ditulis aktiviti-aktiviti harian macam diari. Baik buat diari ja kalau camtu. Tapi suka hati kome la kalau nak tulis pun. Bukan bocorkan rahsia negara bagi kat Israel pun. Kisah ini antara yang berlaku dalam pengalaman aku dan orang sekeliling. Moga sama-sama renungkan baik buruknya.

Jumaat yang lepas hari libur. Maka, plan kami ke Jakarta. Yahooo..jalan-jalan!! Sampai kat sana, kami disambut baik oleh kakak-kakak di terminal bas Jakarta. Ya, dibawa ke kediaman mereka yang bakal bergelar doktor perubatan dan pergigian, kemudian dibawa pusing-pusing kota Jakarta. Perkenalan kami kurang dari seminggu. Bermakna kami memang tak kenal mereka dalam-dalam pun. Bahaya tu kak. Main ikut je diorang atas keyakinan yang tinggi. Tapi, siapa mereka?

Kurang seminggu sebelumnya:

Tiga orang sahabat leka membeli-belah di Pasar Minggu berhampiran kampus, berjalan melewati beberapa orang di situ. Disebabkan jalan agak sempit, mereka berjalan seolah-olah dalam barisan. Seorang demi seorang melewati beberapa orang kakak yang turut memerhatikan mereka. “Assalamualaikum.. adik orang Malaysia ke?”, sahabat yang di akhir barisan mendengar salam sejahtera yang diberi. Ya, di situ bermulalah perkenalan dengan sahabat-sahabat setanah air sehinggalah diperkenalkan kakak-kakak tu kepada rakan-rakan tiga sahabat yang tadi. Kegembiraan bermukim di hati masing-masing walaupun cuma pertama kali bertemu bukan di negara sendiri. Walaupun hanya di negara serumpun, tapi pertemuan tu sangat bermakna. Mungkin kalau di tanah air, bertemu di tengah jalan pun nampak macam tiang lampu ja kan, tak perasan langsung.

Biar betik! Aku pun tak percaya. Tak sampai seminggu kenal dah boleh tido kat rumah diorang (p/s: jangan ikut jika anda berkenalan dengan orang jahat..huhu). Memang tak tercapai akal kalau difikirkan pasal pertemuan di tengah jalan yang langsung tak dirancang. Kami hanya merancang nak round Jakarta minggu depannya dan mungkin menginap di hotel atau motel tanpa orang yang arif dengan bandar besar Jakarta tu. Tiba-tiba, Allah hantarkan kami insan-insan yang tak dikenali, yang bertegur sapa dengan sahabat-sahabat kami kat pasar Ahad, berhampiran kampus. Merekalah yang tumpangkan kami di rumah sewa mereka, jadi ‘tour guide’ kami masa jalan-jalan, dan melayan kami macam kakak-kakak kepada adik-adik yang ramai ni sepanjang kami kat Jakarta.

Memang macam orang mengantuk disorongkan bantal. Dah la mengantuk, sikit lagi je dah nak tidur, tut tut dapat pulak bantal yang empuk. Bertuah badan! Lagi sedap tidur la. Tapi jangan nak lebih-lebih tidur pulak. Itu perumpamaan tok nenek kita buat dulu. Lebih kurang kes ni lah. Dah la nak pergi jalan-jalan kat Jakarta,nak main redah pulak tu tanpa orang yang pakar. Sekali, jumpa pulak orang Malaysia yang boleh kami harapkan jadi ‘tour guide’ dan boleh tumpang bermalam lagi. Tapi, jangan nak mengada-ngada pulak la kan bila orang tolong tu. Subhanallah! Memang Allah nak mudahkan kami. Mungkin ada hikmah. Bersyukurlah.Nikmat yang berlonggok kita dapat pun kita lupa nak bersyukur. Ingat, kelipkan mata pun satu nikmat. Tak caya cuba biarkan mata tak berkelip selama satu jam, 10 minit pun cukuplah nak tengok keperkasaan kita.  Amacam?

Hmm.. Macam mana diorang tergerak nak tegur ya? Apa yang membolehkan diorang suspect ke’Malaysia’an member-member aku tu di tengah-tengah pasar yang sibuk dan penuh dengan orang ramai yang rupa pun lebih kurang la Melayunya? Ya lah, kita kan serumpun. Jawapannya, mungkin disebabkan ‘tudung ekspres’ dari Malaysia yang member-member aku pakai tu menampakkan ke’Malaysians’an, tudung yang popular kat Malaysia tu. Lagi satu, sebab Allah lah yang gerakkan hati diaorang untuk tegur. Kalau tak, tak jadi jugak kan. Diorang memang baik gilerrr..dan aku tak sangka dalam bumi ni masih ada orang yang berhati mulia pada alaf baru ni. Yang paling penting impian kami nak makan nasi lemak kat negara orang ni dah tercapai sebab kakak-kakak tu masak untuk kami. Sedap gilerr.. Thanks sis! Manisnya taaruf kerana Allah.. ^^v

No comments:

Post a Comment