Saturday, March 17, 2012

AKU DAN SAYA!

Kali ini ada banyak post dalam sehari. GELABAH!

Bukan gelabah, tapi baru berpeluang menge’post’ kesemuanya hari ni. Posmen lambat posto. Lepas sampai Indonesia, Internet seminggu takleh pakai. Seminggu lepas tu tengah gelabah menyesuaikan diri. Seminggu ni baru rasa bernafas di bumi yang nyata. Time nak post ja, ada lagi hambatan yang datang. Hasilnya, lambat tetradminggu dari hari pertama aku di sini. Dah genap sebulan. Masuk hari ni dah masuk Sabtu ke-4 di negara seberang, di Bogor. Tak pernah dengar Bogor ? Mungkin Boston pernah dengar. Bogor tu....(sila Googling kalau taktau noh). Ok, dah tau kan. Detailnya, kat IPB. Haish, masa sangat laju, hari pulak silih berganti seumpama larian marathon berganti-ganti. Jumaat berganti Jumaat. 

Kita baru ja kenal. Melalui skrin la. Kecuali member2 alam realitiku. Tapi aku still taktau nak gelar diri aku ni ‘aku’, atau aku ni ‘saya’ kat sini. ‘Aku’ bunyinya agak kasar bagi setengah2 orang. Tapi rata2 nya umur sebaya je, ye dok? Dan saya pernah jumpa sorang laki yang tak pernah ber’aku kau’ tapi ber’saya awak’ dengan member2 dia termasuk la aku. Pelik bin ajaib jugak sebab dia tu lelaki.

Beza ‘saya’ dan ‘aku’:

‘Saya’ ada 4 huruf.  Menaip satu huruf menelan masa selama paling kurang 1.001 saat atau one point ow ow one second. ‘Aku’ pulak ada 3 huruf. Jadi 1 saat dapat dijimatkan. ‘Saya’ biasanya kugunakan kat orang yang lebih tua,baru kenal, atau time formal gitu. ‘Aku’ pulak normal la untuk teman-teman rapat, kawtim, bestfriend, dan lain-lain  yang boleh merapatkan ukhwah. Kalau guna ‘ana’ lagilaaa..ana tak biasa la,anta! Hmm..guna ‘Aku’ sajalah ya? Lagipun saya bukan pakar motivasi nak formal2 kat sini. ^^.. baru rasa kamceng. Insyallah bersahabat dunia akhirat.

Aku share yang boleh dikongsi di blog. Orang kata ‘sharing is caring’. Hidup bukan rahsia, tapi rahsia tetap rahsia.Kita perlu saling menasihati, kan. Saya salah, anda  tegur ok..and vice versa.
Nasihatku, kalau anda pembaca blog sejati, bacalah blog sapa-sapa pun tanpa rasa prejudis. Sebab kadang2 hal kecik pun boleh mendatangkan sakit hati, kalau banyak sangat negatifnya. Contoh, si W pikir blogger X tu sengaja nak menunjuk-nunjuk atau show-off kasut jenama Crocs dia kat blog. Dah la kaler putih,macam kasut skolah je, gedabak gajah pulak tu,entahkan ori ke tidak. Hek eleh..dapat free pun taknak.
Padahal si X langsung tak terlintas nak berlagak, mungkin cuma nak ekspresikan rasa ‘excited’ nya dapat beli Crocs paling mahal untuk dihadiahkan kepada pembaca blognya yang bertuah. Rupa-rupanya si W la orang yang bertuah. Hmm.. Syabas W, dpt Crocs free! Tu la, W berlagak taknak tapi kena batang hidung sendiri. Nasib baik dapat kasut, kalau dapat taik kuceng? Huhu.. canda ya. Konklusi, tak payah nak negative thinking sangat la ya. Nasihat untuk aku juga ni. Cuma kita perlu hati-hati sebab manusia ada yang takda hati! Moga aku, kau dan mereka dijauhi dari sifat riak, ujub, dan takbur. Amin..

(p/s: anda boleh ubah kata ‘aku’ ke ‘saya’ kalau tak selesa baca dengan perkataan ‘aku’.
Ada ka orang camtu? entah la. =_=’ )
Nah, ros-ros ni sebagai tanda perkenalan di alam siber! J Khas dari Pasar Bunga di Jakarta.




 (Jangan tiru aksi ini:
Baru kenal orang, dah bagi bunga. Bimbang ‘orang’ tu sebenarnya kera.
Bak kata pepatah ~SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA. Buat penat ja memberi, tapi tak dihargai.)

No comments:

Post a Comment