Sunday, February 12, 2012

My First Post

This first post is start written at 12.02 noon on 12/02/12. Testing testing. Hihi..


Aku yang buta blog baru nak berblog. Bukannya celik blog seperti anda yang gemar melawat dari satu blog ke lain blog. Takpa, yang pasti kita tak buta huruf kan.

Kenapa aku wujudkan kau wahai blog? Mudah-mudahan aku dan manusia-manusia lain dapat berkongsi suka-duka dan jadikannya iktibar. Moga dihindari dari perasaan riak dan takbur dalam diriku.

Cerita pasal riak dan takbur ni..aku terbukak satu tv. Tajuk dramanya Tanah Kubur di Astro Oasis lakonan mantap Nasir Bilal Khan sebagai penggali kubur. Ada sorang kaya ni, sangaaaaaaaaaaaat baik dengan orang kampung dan orang kampung pun suka kat dia ni. Sedekahnya nombor satu, dialah yang paling banyak sedekah, dialah yang selalu berjemaah di surau, dia juga yang paling baik..di mata kasar orang kampung. Tiba-tiba orang kaya ni mati. Semasa pengebumian, jenazah tiba-tiba membengkok dan memang tak dapat diluruskan dah. Bila di'flash back' balik, rupa-rupanya beliau dulu memang buat baik, tapi nak kebaikan tu dilihat oleh sekalian manusia di dunia. Pendek kata bukan dengan niat yang betul iaitu nak beribadat kepada Allah. Sedekahnya paling banyak untuk dapat nama. Berjemaah di surau jugak sebab katanya kalau sembahyang kat rumah siapa ja yang nampak, itu 'nasihat' si mati semasa hayatnya kepada sorang penduduk kampung yang sakit dan tak dapat hadir ke surau. Apa punya nasihat daa.. Jadi, buat baik macam mana pun, kalau ada sifat riak dan sombong memang tak guna. Semoga kita dihindari dari sifat ni. Amin..

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda; "Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong." - Hadis Riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment