Saturday, March 17, 2012

KL- JAKARTA

18 Februari 2012 
MAS-INA

Perjalanan dari Malaysia ke Indonesia..

Bukan first time menaiki pesawat, tapi ini kali pertama naik pesawat dari “World’s Best Airport”, KLIA. Perasaan bercampur-baur macam rojak. Sedapnyaaa rojak.. Kami berempat, eh berlima Encik F yang hantar dari UPM. Mak abah ku tak dapat hantar kat airport sebab ada aral. Bagi aku, ke indon je bukan london, no hal lah. So, I was really okay with that = Jadi, saya sangat okay dengan itu (feeling macam tak sampai bila ayat tu dalam BM..maaf ya, ter’English’ sikit..hihi). Sebabnya, Tok aku datang dan stay kat rumah makbapak aku (rumah yang aku tinggal la). Memang sepatutnya ibu perlu diutamakan daripada anak kan. Aku rela berkorban. Hehe.. dan semua kawan-kawan aku yang sepesawat memang ada yang menghantar kat airport, kebanyakannya makbapak dan famili, kalau bukan makbapak pun ada pak sedara, mak sedara, ataupun kakak. Cuma aku..tapi aku yang taknak menyusahkan pakcik aku. Lagipun,buat apa nak heboh satu kampung. Memang padan la. Bukan setahun pun. Exchange Program untuk satu semester. Chill bro..Haha.. aku dah biasa berdikari, dan aku sangat suka makan kari.

 Tapi famili aku tetap datang.  Hang ni, tadi cakap lain.
 Jeng..jeng..jeng.. tengok laaa

Alone.. (pic of loneliness)

 ‘Parentless at Airport’ group :(

Taddaaaaaaaaa.. ini la famili silat aku!
Walaupun latihan selalu lambat,
kami persis famili tetap rapat.
Opss..tu pantun 2 kerat.

<3 Jumpa lagiiiiiiiii..!! Lepas ni depa pekena burger kaw2 Wangsa Maju..tidaaakkk!

Takpa, nasib baik bro steward (waiter di udara) hidangkan ni dalam flight. Alhamdulillah, tak dapat beger kaw2, dapat pasta lada hitam. TQ Allah!





Best jugak snap awak, awan. Subhanallah! Langit dan awan yang setiap hari kita nampak tanpa perasaan pun ada disebut dalam al-Quran. Langit dan awan ni antara tanda kekuasaan Allah bagi yang berfikir.


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
(Al-Baqarah 2:164)




Macam nak jejak kat awan macam Doraemon dan Nobita, tapi lepas tu terbenam la dalam tanah. Nauzubillah..






The sky’s clear and blue.






Dah nampak macam peta dalam buku Geografi Tingkatan 3. Mesti dah nak sampai.

 Dah sampai, nampak pulak airplane Kak Ana. Hehe.. Jepang mari

 Soekarno-Hatta Airport, Jakarta. Dijemput Pak Ajen, Ihsan dan Reza, dan pemandu bas.





Ini bisnya. (Bas la..)






Checking-in.. hotel-like Asrama Internasional, IPB.


SELESA.CERIA.CEMERLANG. (pinjam motto Kolej13)


Merlin sama Rispr






Jadi, tu lah serba sedikit perjalanan aku pada hari itu..ok! ;)

No comments:

Post a Comment