-5 Mei 2012, Gunung Tangkuban Parahu, Bandung
Tersebutlah alkisah tiga gadis yang kesesatan di Gunung Tangkuban
Parahu, Indonesia. Akibatnya semua teman lawatan tersebut merasa resah gelisah menanti
kami di tempat berkumpul di bas. Diberi masa lebih sejam untuk menikmati
suasana sekitar yang indah lagi dingin, ciptaan Allah yang memukau pandangan.
Subhanallah! Keindahan yang dicipta-Nya begitu membuatkan ku terasa kerdilnya
diri ini.
Kami mengikut Sang Ratu di kawah berjalan-jalan di sekitar gunung.
Hanya kurang dari sejam untuk berada semula di tempat berhimpun. Jam
menunjukkan 1639 saat tibanya di kawasan yang paling indah di situ iaitu di
Kawah Upas. Kesempatan kami untuk mengambil gambar kenangan yang terindah di
sini digunakan sebaiknya. Sang Ratu tidak culas menawarkan untuk mengambil
gambar kami bertiga. Katanya lagi, rugi kalau sudah tiba ke Gunung Tangkuban
Parahu, tapi tidak ke Kawah Upas. Maka, beruntunglah kami dapat ke kawah
tersebut walaupun setelah tamatnya waktu berkunjung ke situ iaitu jam 1600. Aku
kira itu sebagai rezeki. Juga peluang untuk kami walhal sahabat-sahabat lain
tidak sempat merasai melihat pemandangan dari sudut lain akibat begitu asyik
bergambar bersama-sama. Arghhh..bosan menimpaku. Sedang aku dan dua lagi
sahabatku ini memang ingin meneroka dengan lebih lagi kawasan sekitar di sini.
Jarak dua kilometer yang kami lalui sungguh amat mencabar. Jalannya
berliku-liku dan licin berbatu. Kalau tiada waspada, celaka pasti menimpa. Kami
bertiga pastinya kepenatan yang teramat sangat semasa perjalanan mengikut Sang
Ratu. Timbul malu kami sebagai orang muda yang kurang stamina berbanding Sang
Ratu. Berjalan kaki jarak jauh bagaikan mainan baginya. Beliau langsung tidak
penat atau menunjukkan riak keletihan malah terus berjalan mengiringi aku dan
teman-teman menikmati suasana sekitar yang cantik. Sungguh, kami kagum dengan
beliau. Bahkan kami diberikan layanan istimewa sebagai tetamu gunung tersebut
dengan diiringi berjalan-jalan sambil bergambar.
Kemudian, kami berjalan pulang, berusaha untuk tepat pada masanya.
Ya, ternyata kami tiba di Kawah Ratu pada jam 1700 tetapi perlu ke parkir bas
menaiki kenderaan seterusnya. Sementara, teman-teman yang lain resah menunggu
kerana peserta-peserta sepatutnya berada di bas sebelum jam 1700. Semuanya cuba
menghubungi, tapi nyatanya kediaman Sang Ratu yang bergunung-ganang tidak
membolehkan kami berhubung sesama sendiri kerana tiadanya talian. Maafkan kami
sahabat-sahabat. Bukan kami tidak menghargai kalian yang tiba lebih awal,
ataupun sengaja membiarkan kalian menanti dalam kerisauan, tetapi apa daya kami
yang tidak punya kuda tunggangan untuk tiba awal. Kami terlambat disebabkan
menunggu pak supir kenderaan yang turut menjemput penumpang-penumpang yang lain.
Aku tahu penantian memang satu penyiksaan, walaupun cuma 10 minit.
Akhirnya, tiba juga di bas yang para penumpangnya sedang menanti
kedatangan kami. Sekali lagi, maafkan kami. Terutama kepada para staf yang
kerisauan. Aku dapat baca satu persatu riak kerisauan di air muka mereka. Lebih
nyata kerisauan dilihat pada sahabat-sahabat karibku. Ada juga yang berasa tidak
sedap hati, mungkin.Soalan bertalu-talu menimpa kami setibanya di bas. “Kalian
ke mana hah??”. Di satu sudut Kak Ros tidak henti-henti memukul sahabatku
dengan kipasnya. Jangan risau, pukulannya tidak mencederakan. Namun, Kak Ros
dalam Upin & Ipin lebih kalah garangnya. Yang pasti, segalanya pulang
dengan selamat dan seluruh isi bas begitu lega. Ternyata mereka sayangkan kami.
Ternyata juga mereka sayangkan saya. Terima kasih Sang Ratu yang sudi menerima
kedatangan kami dengan mesra!
~Tidak
rugi menyayangi manusia di sekitar anda kalau membenci juga tidak menguntungkan
apa-apa melainkan mencetuskan sengketa!
Betul
sesama Islam itu bersaudara..sesama manusia pula ada jiwa yang tak terungkap
dengan kata-kata. ~ Ternyata Mereka Sayangkan Saya! <3
Menjejak Sang Ratu |
Subhanallah! Alam ciptaan Allah yang indah.. |
No comments:
Post a Comment